Thursday, October 7, 2010

bumi sedang mengerang kesakitan



Bersyukurlah kita dengan segala kelebihan yang Allah telah HADIAHkan pada makhluk-makhluknya di atas bumi ini.

Allah telah mengHADIAHkan kita udara yang segar, flora dan fauna yang tersebar luas serta pancaindera yang serba lengkap iaitu tanpa menggunakan besi atau benang untuk menyambungkan setiap anggota kita...

Takjubnya ciptaanNYa..

Allah menggunakan bahan yang sangat berkualiti dan bermutu tinggi untuk mencipta makhluk-makhlukNya...Bahkan tidak boleh dibeli atau dijual mahupun dicipta oleh makhluknya sendiri..

Sebagai contoh, sekiranya ada pesakit yang memerlukan jantung baru. Dia perlu mencari penderma yang hamper sesuai dengan badannya. Jika tidak akan berlaku komplikasi dalam badan. Kenapa?

Pernahkah anda terfikir???

Setiap anggota badan yang Allah ciptakan untuk kita, hanya dikhaskan untuk badan kita sahaja...sukar dicari ganti..

Sayangilah badan anda..jagalah dengan baik...

Tapi...

Pernahkah anda terfikir bahawa bumi yang kita duduki sekarang sedang tenat???

Adakah kita sayang?...

Adakah kita risau tentang kesakitannya?...

Adakah kita tidak sedar tentang nya?...

Sibuk mengejar kekayaan dan keseronokkan di dunia membuatkan kita lupa dan pentingkan diri dengan perkara yang berlaku disekeliling kita...

Seperti katak berada di dalam kaca. Hanya melihat tapi tidak mempedulikan langsung dengan persekitarannya.

Persoalan di sini ialah, bumi kita sakit tenat kerana terlalu banyak menanggung kerosakkan dan kebinasaan di atasnya...

Masalah sosial yang semakin merumitkan. Manusia sudah lupa tentang dosa dan pahala. Tetapi berlagak pandai dalam hal agama. Manusia masih dibuai mimpi lagi...hanya buat-buat tak tahu sahaja...

Bumi kita sedang merintih....ia sudah tidak larat lagi...

Tapi dia sanggup lagi menanggung kita semua untuk bernafas di dunia ini. Bumi kita sudah tua hanya menunggu untuk rebah pada bila-bila masa sahaja.renungkanlah...