Tuesday, April 19, 2011

khasiat habbatussauda


salam

mesti pernah dengar tentang habbatussauda kn....bukan nak menjual barang ye
hari ni ada tips untuk dikongsi. petua ni daripada orang tua. time dpt petua ni, masa kenduri kahwin yela duduk berborak ngn sedara-sedara lagi-lagi org berusia macam mak2 kite huhu...lagi byk petua kn...

petuanya pakai minyak habbatussauda setiap malam sebelum tidur. hasilnya kulit akan lebih berseri. nak tahu betul ke tak cuba lah dulu huhu...habbatussauda terdiri daripada tumbuh-tumbuhan. jadi selamat untuk digunakan tanpa was-was. tiada bahan pengawet dan kimia. Sesiapa yang mahu mencuba diharap bersabar bukan semua benda boleh nampak kesan dengan cepat.

selain itu, ia boleh digunakan di seluruh badan. Bawah ni ada link yang kwn2 semua boleh tgk info tentang khasiat habbatussauda ....

selamat mencuba ^_^'


http://ramuansurgawi.wordpress.com/category/tentang-habbatussauda

http://aja49.wordpress.com/2007/05/09/khasiat-habbatus-sauda

Wednesday, April 13, 2011

puding triffle



pagi aku blajar resipi baru...

1. puding traiffle

aku dpt resipi baru ni daripada akk kat ofis...i like
puding cantik so aku harap rasanya pun ok la
asalkan ada orang yang lalu nk makan hehe
bawah ni cara- cara nak membuatnya...
Bahan

1. Kek swiss roll ( perisa kuning / orange )
2. Tepung Castard
3. 1 tin susu cair
4. 1 tin fruit cocktail
5. Jelly Alsa berperisa strawberri ( 1 paket )
6. Whipe cream

cara-cara membuatnya
1. potong kek swiss roll dan susun rapat2 kat dalam bekas
2. bancuh castard 9 ( 3- 4 sudu) dengan susu cair. (kalau nak lebih manis tambahkan 1 sudu gula)
3. Masak atas api kecil ( kalau agak pekat tambahkan air)
4. bahan tersebut tuang ke atas kek
5. sejukkan sementara dan taburkan fruit cocktail
6. bancuh jelly alsa dengan air panas and then tuang atas fruit cocktail tadi
7. masukkan dalam peti ais.
8. kalau nak lagi sedap, letap whipe cream

sedia untuk dihidang huhu...nyum nyum sedap tau...



ni la rupanya bila dah potong

Wednesday, April 6, 2011

teringat time sekolah ^_^'


Lirik Adi Mentor 4 - Suatu Ketika (OST Gemilang)

Suatu ketika
Kita pernah tertawa
Suatu ketika
Kita pernah berduka
Memori lalu
Tersemat di hatiku
Buat azimat perjalananmu

Untuk tatapan anak bangsa
Ku titipkan satu cerita
Jadi pedoman untuk semua
Takkan mengalah sebelum melangkah

Impian menjadi haluan cita
Rintangan membakar azam di jiwa
Dan cinta bukan hanya kata-kata
Harapan semua anak merdeka
Oh..


bila terdengar je lagu ni..mengingatkan time sekolah-sekolah dulu
sekarang hampir 10 tahun tinggal zaman tu..
teringat nostalgia lama...

1st masuk sekolah...

mmgla tak suka...pagi2 dh wat hal
mengamuklah, sbb tak nk pergi
sbnarnya bkn tak nk, cuma takut
cuba kita tgk, adik2 kita yang baru nak melangkah darjah satu
bermacam-macam gelagat...
ada yang senang diurus, dan sebaliknya

everyone has their own story. I once was a quiet girl. difficult to want to talk .. but now when at the bigger, over-friendly huhu

paling seronok waktu cikgu tak ada dalam kelas...
bukan tak suka belajar tapi nak gak rasa enjoy hehe
lagi2 kalau time rehat...boleh makan...

hehe...

sekarang cik aen dh makin dewasa, tak boleh asek jadi budak2 aja...
banyak komitmen...more serious...be matured
tenaga orang muda ni kalau tak digunakan time muda, akan rugi gak
sbb tak blh di recycle balik time tua...gunakanlah dengan baik

hidup kita masih jauh dan panjang lagi
sbb kita hanya sementara di dunia ni...

ermmm...belajar lah untuk mencintai Maha pencipta...

salam

Tuesday, April 5, 2011

salam

cuaca sekarang tak berapa menentu...
kejap hujan kejap panas
jd cik aen nk pesan supaya take care of ur healthy
siapa lagi nak jaga kalau bkan diri sdn
sekarang orang makin sibuk dengan hal sdn


hrmmm...kepenatan di petang hari membuatkan cik aen sedikit kepenatan

jap lagi nak balik...smpat tulis ckit je


sbb dah terlalu lama tak blogging


selamat menghadapi hari esok

untuk hari ini, teruskan hidup dengan baik


^_____^

Tuesday, March 1, 2011

sebulan berlalu...
penantian suatu yang memenatkan...
diri ini terasa letih berhadapan dengan situasi yang tidak diduga setiap hari..
Ya Allah Kau Tolonglah kuatkan hambamu ini..

perjalanan seharian yang agak merimaskan membuatku kadang-kadang rasa jemu
sesaat terasa lama bagiku yang dalam keadaan agak tension
Bukan tujuanku untuk mengeluh atau merungut
alam pekerjaan tak seperti yang ku sangka
ada duka dan suka
perlu kesabaran yang tinggi...

semakin kita dewasa, semakin kita banyak berfikir
banyak komitmen yang perlu digalas
Tak semudah yang ku fikir
Terasa beban semakin berat di atas bahuku

yang pasti semua ini cabaran yang perlu aku hadapi.
be strong!!!

Friday, February 18, 2011

BAHAYA PANADOL


JANGAN AMBIL PANADOL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)


kisah ini aku ambil dari sebuahb artikel dari laman sesawang...sekadar berkongsi ^_^

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya...


"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller", semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.

Wednesday, February 16, 2011

Menangis Baik Ke?

assalamualaikum



Setiap manusia yang diciptakan Allah pasti ada kelemahan dan kelebihan tersendiri.

Percaya tak seego-ego manusia pun akan tetap menangis apabila menghadapi sesuatu saat yang paling getir dalam hidupnya. contohnya semasa ayah atau ibu meninggal dunia. Pastinya seseorang anak itu akan menitiskan air mata tanda kesedihan kerana dirinya tahu itu adalah kali terakhir dirinya berjumpa dengan ibu atau bapanya. Terasa berat sekali untuk mengucapkan selamat tinggal yang terakhir...


Dalam hal ini semua manusia menangis tanda untuk menunjukkan perasaannya bahawa diri sedang mengalami perasaan sedih atau gembira. Jadi, bukan hanya kaum hawa yang menangis tetapi kaum adam turut juga menangis. Mereka juga insan yang memerlukan perhatian dan kasih sayang. Cuma mereka malu dan ego untuk berbuat begitu. sekiranya seseorang itu terlalu memadamkan perasaannya tanpa berkongsi masalah dengan orang, maka dia akan menangis sehingga lega...seperti budak kecil...pernah tak ia berlaku pada diri anda?


Bagi aen, pelbagai ragam manusia ni. Ada yang senang sangat " Hujan Lebat" dan ada yang " kemarau". jadi terimalah mereka seadanya. Tapi menangis itu bukan tanda sesorang itu lemah. Sebenarnya sihat dan normal bagi mereka yang menangis cuma kena berpada-pada. Supaya orang sekeliling tidak jelek.

Allah anugerahkan air mata untuk membersihkan mata secara saintifiknya. secara tersiratnya, ia di gunakan untuk ibadah. semasa kita sedang berdoa. Air mata adalah tanda keinsafan dan taubat padanya. jadi gunakanlah di tempat yang betul. Jangan gunakannya sebagai senjata untuk melemahkan kaum adam...Itu sahaja yang boleh dikongsi dari aen. ^_^