Wednesday, February 16, 2011

Menangis Baik Ke?

assalamualaikum



Setiap manusia yang diciptakan Allah pasti ada kelemahan dan kelebihan tersendiri.

Percaya tak seego-ego manusia pun akan tetap menangis apabila menghadapi sesuatu saat yang paling getir dalam hidupnya. contohnya semasa ayah atau ibu meninggal dunia. Pastinya seseorang anak itu akan menitiskan air mata tanda kesedihan kerana dirinya tahu itu adalah kali terakhir dirinya berjumpa dengan ibu atau bapanya. Terasa berat sekali untuk mengucapkan selamat tinggal yang terakhir...


Dalam hal ini semua manusia menangis tanda untuk menunjukkan perasaannya bahawa diri sedang mengalami perasaan sedih atau gembira. Jadi, bukan hanya kaum hawa yang menangis tetapi kaum adam turut juga menangis. Mereka juga insan yang memerlukan perhatian dan kasih sayang. Cuma mereka malu dan ego untuk berbuat begitu. sekiranya seseorang itu terlalu memadamkan perasaannya tanpa berkongsi masalah dengan orang, maka dia akan menangis sehingga lega...seperti budak kecil...pernah tak ia berlaku pada diri anda?


Bagi aen, pelbagai ragam manusia ni. Ada yang senang sangat " Hujan Lebat" dan ada yang " kemarau". jadi terimalah mereka seadanya. Tapi menangis itu bukan tanda sesorang itu lemah. Sebenarnya sihat dan normal bagi mereka yang menangis cuma kena berpada-pada. Supaya orang sekeliling tidak jelek.

Allah anugerahkan air mata untuk membersihkan mata secara saintifiknya. secara tersiratnya, ia di gunakan untuk ibadah. semasa kita sedang berdoa. Air mata adalah tanda keinsafan dan taubat padanya. jadi gunakanlah di tempat yang betul. Jangan gunakannya sebagai senjata untuk melemahkan kaum adam...Itu sahaja yang boleh dikongsi dari aen. ^_^

No comments:

Post a Comment