Friday, July 30, 2010

ramadhan coming soon

salam...biasanya bila bln ramadhan akan menjelang...masing2 dh berfikir nk raya kn...penjual yg kt bazar ramadhn pn makin ramai...sbb keuntungan bln mulia ni lebih berlipat ganda daripada bln lain...curious??
why...

based on my research, let we check out!
1. dh la x mkn sehari, jd bila nk buka rancang nk mkn pe...nafsu mkn membuak2...

2. time cm ni, pnjual bazar mulalah wat menu baru yg jrg ade time biase2...tu yg pmbeli ni rambang mata3. selalunya, bila nk buka pose nk ade gak juadah cm kuih muih...asalkan ada..ckup2 mkn...

4. bkan gerai mkann je tau...gerai tdung, kain, aksesori wanita n laki pn ade gak...yela shopping raya..huhu




nilah gambaran bazar ramadhan di negara kita

















terliurkn... tp beringatlah sahabt2ku.. bila kita sudah membazir, itu sudah menjadi amalan syaitan.

sukaneka adik2 comel

salam....

juz want to share...ade program sukaneka taska utm tomorrow. so kne handle it. as a member in mosque, volunteer at the prgm..ermm seronok sbb jmpe adik2 comel2...ptg ni jus nk set place kt pdg ktgb...kul 2.30pm...

hope the progrm is work properly...nk tau psl pe jd esk...continue my story tomorrow..hehe

Monday, July 26, 2010

BaB 1

“Adik sini jap” panggilku perlahan. Aku geram dengan budak laki itu kerana kecomelannya. Dia pun datang ke arahku malu-malu. Aku terus menanyakan namanya serta memberikan sedikit habuan iaitu gula-gula coklat. Aku tahu kanak-kanak seperti itu sangat gemar dengan snek seperti itu.

Tiba-tiba ibunya memanggilnya dan dia terus berlari mendapatkan ibunya. Budak itu sempat melambaikan tangannya sebagai tanda selamat tinggal. Aku terus pergi ke kedai kraftangan di pulau mutiara itu. Banyak aksesori yang cantik dan menarik sehingga rambang mataku.

“ramainya orang kat sini”.bisikku dalam hati. Aku rimas dengan keadaan seperti ini. Ruang untuk berjalan terlalu sesak dan sempit.
Aku terus mencari barang hiasan yang dipesan ibuku. Aku tertarik dengan hiasan lampu di hujung kedai-kedai di situ.
Aku terus masuk dan memilih.aku lega kerana telah berjaya mendapatkan barang tersebut.bukan tidak tahu ibuku sedikit cerewet.

Cuaca yang terik menyebabkan aku terlalu dahaga. Tiba-tiba telefonku berbunyi dan aku terus menjawab panggilan tersebut.

“assalamualaikum ,sofea ko kat mane ni?”.tanya siti.

“aku ada kat bandar ni”.jawabku.

“lama lagi ke? Aku nak keluar jap lagi ke rumah mak teh aku kat Balik pulau.tau“.

“ermmm…..aku penatlah..”rintihku.

“ala jomla teman aku,pukul 6.00 petang kita bertolak ke sana”

Aku terpaksa mengikutnya juga. Bukan ku tidak tahu Siti itu kalau kita tidak mengikut kemahuannya muncunglah mulutnya.Aku terus melihat jam ditanganku aku perlu sampai ke rumah Siti dalam masa setengah jam lagi.

Setibanya di rumahnya aku terus ke bilik air untuk mandi dan solat asar. Aku mengenakan baju plain berwarna hijau pucuk pisang dan dipadankan dengan tudung bercorak yang bersesuaian.

“mak cik!”laung Siti.
“Kejapla”. jawabku. Bukan dia tidak tahu aku terkejar-kejar bersiap.

“kite kenduri pe ni?.tanyaku serius.

“sambut menantu”jacana dengan selamba. Dia terus keluar dan mematikan lampu serta kipas di ruang tamu.
Aku pun terus duduk di dalam kereta dan terasa berat sangat mataku ini.

“sofea….” panggil Siti dengan lembut.

“a..a…”suaraku putus-putus menandakan aku tidak larat untuk bercakap lagi.keadaan menjadi menandakan senyap dan Siti menurunkan tone lagu. Dan aku terus dibuai mimpi yang indah.

Aku terus menerus menjerit memanggilnya sehingga suaraku tiada lagi. Kenapa dia terus berjalan tanpa menghiraukanku. Aku menangis kerana semakin lama bayangannya telah tiada lagi. Senduku dalam hujan yang lebat.

Tiba-tibaku terasa sejuk sekali.Rupanya penyaman udara yang menyebabkan aku terjaga. Aku melihat pemandangan luar dan human semakin lebat. Siti memandu dngan perlahan dan jalan pn makin sesak.Ada satu accident telah berlaku di suatu persimpangan. Aku sempat berdoa supaya orang tersebut selamat. Aku terus teringat tentang mimpi yang mengusik kalbuku tadi.

Banyak kereta di halaman rumah mak teh siti. Ini bukan kali per tama Siti mengajakku datang ke rumah Mak teh nya. Aku juga sudah selesa dengan keluarganya yang ramah-tamah.

Aku terus mengikut Siti dan terus bersalaman dengan sanak saudaranya. Kemudian kami dihidangkan dengan makanan yang berlaku. Saat-saat yang ditunggu oleh aku kerana perutku telah membuat isyarat yang ia perlu di isi.

“siti, mane ko punyer cousin yang baru kawin tu?”.tanyaku sambil mengunyah.

“ntahla,aku pn x nampak lagi”.jacana acu tak acuh.

“mesti lawakan macam ko”selorohku

“tak la aku lagi lawa” jacana sempat lagi memuji dirinya. Siti mempunyai hidung yang mancung dan kulit yang gebu. Itu yang membuatkan ku kadang-kadang tidak jemu melihatnya.

“eleh perasanlah minah ni,angkat bakul sendiri je”.gelakku

“amboi hang berduo nie kalo x glak x bleh ye” sapa Mak Teh secara mengejut.kk
Akhirnya kami gelak bersama-sama.

Suasana di rumah Mak Teh Siti sangat sesak dan ramai anak-anak kecil berlarian di setiap sudut yang ada. Aku tersenyum melihat keadaan tersebut. Tanpaku sedari, aku terasa diperhatikan orang. Aku terus menoleh ke arahnya. Pemuda terse but kelam kabut cover malunya.

“siapa dia tu?”getusku dalam hati. Aku tidak pernah Nampak pemuda tersebut mungkin saudara jauh Siti.

Keadaan itu menjadi kelakar dan riuh seketika apabila pemuda itu gelabah kerana seorang mak cik yang sibuk mengangkat makanan. Lagi-lagi mak cik tersebut kuat melatah dan aku pun turut tergelak kecil melihat aksi spontan tidak jauh di depanku.

“Sofea, ko wat pe tu?”.sapa Siti membuatkan ku sedikit terkejut.

“aku x wat pape pn”. nadaku pelik. Aku dapat sedari muka Siti sudah berubah dan ada yang ingin dia gosipkan. Bukan tidak kenal si Siti kuat bergosip. Penat mendengar dan melayannya pabila mula berkata-kata.

“aku tengok budak tu asyik pandang kat ko je?”

“ish mana ada, dia tgk orang lain la.”

“aku dah lame perhatikan”. siti gelak sambil mencubitku.

“eh, ko kenal ke sape dia?”tanyaku

“mestilah kenal,nape ko dah berminat ke?” siti betul-betul mendugaku. Aku terus beredar dari ruang tamu dan membiarkan Siti membuat spekulasi sendiri.

Hujan sudah berhenti turun dan banyak lopak-lopak air di sekitar halaman rumah . Aku terasa berada di rumahku sendiri. Rindunya aku pada kampung halamanku dan keluargaku.

“Assalamualaikum”.ucapnya secara lembut.
Aku terus berpaling ke arah suara tersebut. Aku terkejut kerana abang saudara Siti, akmal betul-betul berada di belakangku. Aku terus membalas salamnya sambil tersenyum kepadanya.

“sorang kat sini? Dah lame x nampak Sofea datang sini” tanya Abang Akmal.
“a’ah,banyak kerja assignments yang lecturer bagi”jawabku perlahan.
“ermmm…Sofea lagi satu sem nak grad kan lepas ini nak wat pe?”
“mengikut perancangan, Sofea nak wat master.”

“baguslah,nak sambung kt luar x?

“kalo ade rezeki, Sofea akan pergi.”

“jomlah securing-kurangnya abang ade kawan “

“ abang lagi bape tahun?”

“2 thun setengah, lame lagi tu yang bosan dok saner sensorang”
Nampaknya Abang Akmal sudah mulakan topik yang tidak sepatutnya.aku mula mencari idea supaya dapat melarikan diri dari perbualan terse but.

“Sofea!’jerit Siti padaku.
Aku terus menyahut dan berjalan ke arahnya sambil mengenyitkan mataku pdanya. Maknanya aku perlukan bantuannya sekarang.

“nape ko ni?” macam Nampak hantu je?”

“ abang ko tu la”
Siti mengangguk tanda mengerti dan dia cepat-cepat membawaku pergi dari situ.

“Sofea…dia nak bawak ko ke oversea kn?”tanya Siti meminta kepastian.
Aku hanya menggangguk sahaja.

“ko memang ade jodoh ngan orang yang belajar kt saner la”

“nape ko ckp cm tu?”

“ budak yang tgk ko tu td kawan Abang Akmal.”
“aku tengok dia pn syok kat ko.” tambah Siti.aku malas hendak memikirkan tentang itu.

Tidak lama kemudian kami pun pulang ke rumah sewa Siti. Aku merasa penat dan aku tidur dalam perjalanan tersebut. Biarkanlah dia pergi.aku cuba melupakan peristiwa yang sering mengganggu fikiranku.hanya Allah yang mengerti perasaan hambanya ini.rintihku dalam hati…

Sunday, July 25, 2010

8 Rejab 1408



salam...

nak tahu bila ak sampai ke dunia ni???
ni mak ak yg cerita...sbb mana la ak ingat time bersejarah tu..

hari tu hari jumaat. kira pagi pagi jumaat mak aku dah start sakit perut. maksudnya ada bdk nakal mau keluar...hehe

so, mak ak pn dah dapat rasakan isyarat dalam perutnya...dia pn buat persediaan kemas2 brg n bagitahu abah ckp anak nakal dia ni nak kuar dah..

so, pergilah hospital...

sampai2 je kt hospital, anak nakal dia tu tak sabar-sabar nak keluar..
nak dijadikan cerita, anak nakal dia lahir betul-betul nak masuk bilik bersalin...

jadi, aku pn dah selamat sampai ke dunia..aku pn menangis dengan sekuat hati...hehe
mak aku kata berat aku hanya 2 kilo lebih je...so small..but cute baby...

8 rejab 1408...bersamaan 26 februari 1988.....aku selamat dilahirkan bersama ibu tercinta...sayang mak!!!!

mak aku cerita lagi, masa nak lahirkan aku x sakit sebab tetibe dah kuar...nama pn anak nakal..
jd memang degil....smpailah sekarang..

maaflah mak, anak nakal mak ni banyak buat salah...huuuu
rindu kt mak ak...semalam aku telefon, dia demam..kesian mak ak tau...

aku sayang mak ak sorang! tak da pengganti....huhu


ni la mak n abah cayang aku...miss U!!!


Pesanan untuk diriku…
Aini…
Allah ciptakanmu ini sebagai hambaNya
Jangan kau sia-siakan hidupmu
Patuhilah perintahNya dan jauhilah laranganNya
Carilah cinta sejati yang diredhaiNya
Janganlah kau gunakan anugerahnya ke jalan yang salah
Tenang dan redha dengan segala dugaan dan cabaran
Cari lah cinta abadi
Agar mu bahagia kekal abadi di singgahsana
Amin…


Saturday, July 24, 2010

zzzz...syoknya tidur







Tidur ialah keadaan rehat badan semula jadi yang dialami seluruh fauna. Tidur diamalkan oleh semua mamalia dan burung, dan turut diperhati pada kebanyakan reptilia, amfibia dan ikan. hah ikan pun tidur tau! ikan tidur tapi dia x tutup mata tau.

banyak ragam bila tidur kan..ada yg statik je, ada yg bergusti hehe...
seronokkan tidur. terlebih tidur ada masalah terkurang tidur pn ada gak. mcm mana nak tidur yang sihat? ermm..msti ada yang mempnyai masalah tidur kan..cik aen pn kadang2 x blh tidur gak hehe..

Baik cegah insomnia amat penting untuk mengekalkan hidup yang sihat. Antara caranya termasuklah tidur sebelum pukul 12.00 malam, dan yang paling baik tidur sebelum pukul 10.00 malam, dan bangun pada pukul 6.00 pagi. Ini adalah masa tidur yang paling sesuai dengan fitrah alam. Pada waktu tengah hari, jika ada masa, bolehlah tidur 15 minit hingga setengah jam. Ini baik untuk meningkatkan kecekapan bekerja pada waktu petang.

Jika masalah insomnia timbul, perlu menyesuaikan masa tidur anda. Jangan bimbang dengan keadaan tersebut, dan janganlah makan ubat tidur.

Selain itu, insomnia juga sering diakibatkan oleh tekanan mental yang berat. Maka, orang yang mengalami masalah tersebut dinasihatkan supaya banyak bersenam, dan makan beberapa jenis makanan daripada tumbuh-tumbuhan, seperti, biji teratai, longan, bubur milet, dan jujub. Makanan ini baik untuk membantu mengelakkan masalah tidur.

Jenis insomnia

* Insomnia primer

Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur tidak disebabkan oleh masalah kesihatan.

* Insomnia sekunder

Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur akibat masalah kesihatan yang dihidapinya. Ia mungkin disebabkan oleh penyakit psikiatri atau bukan psikiatri.

A. Psikiatri

* Masalah kemurungan, skizofrenia

B. Bukan psikiatri

* Ubat-ubatan untuk hipertensi, kolesterol, sakit kepala

* Sindrom Pernafasan Terhenti (Sleep Apnea)

* Epilepsi

* Penyakit kegagalan buah pinggang berfungsi, paru-paru, hati

* Pola tidur yang terbalik, tidur siang berjaga malam

* Penyakit Parkinson

* Penyakit Fatal Familial Insomnia (FFI) iaitu

sejenis penyakit genetik tetapi jarang berlaku

* Rest leg syndrome

* Pedih hulu hati

* High altitude insomnia

* Angin ahmar

* Penyakit Alzheimer

* Ketumbuhan otak

* Migrain


tungu!!! jgn tidur lagi sbb hari ini aen nak kongsi tentang doa amalan-amalan Rasulullah s.a.w ...

Friday, July 23, 2010

rindu pada bumi makkah dan madina

Tanggal 15 mei 2010, aku berlepas ke Arab Saudi bersama 101 daripada pelajar dan staf utm. Alangkah gembiranya hatiku...destinasi kami ialah di bumi makkah dan madinah. selama 11 hari aku akan bermastautin di bumi yang penuh barakah. first time aku akan berjauhan dengan my family cam ni. huhu
"naik kapal terbang", getusku dalam hati. sebab x pernah kn jadi agak takut ckit huhu.

pengalaman baru bagi aku merantau di bumi orang. cara hidup dan makanan Pak arab ni berbeza dgn kita kt malaysia. mana tak nya, yg Pak n Mak arab pkai jubah je bila keluar rumah. sepanjang aku menjadi perantau suasana bumi madinah cukup membuatku terasa insaf dan tenang. inilah peluang aku berdoa dan beribadah padaNya. lagi2 bila dah sampai masjid nabi, ganjaran pahala sebanyak 1000 kali ganda daripada masjid2 yg lain.

jangan dilupakan untuk berdoa junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w dan sahabatnya serta muslimin dan muslimat di perkuburan Baqi'. Makam Nabi kita betul2 terletak bawah kubah hijau.


aku menetap kat hotel Manazeli, dekat dgn masjid nabi. kira blh nmpak dari hotel. barang kat sana berpatutan gak la. yang pasti Pak Arab ni tau cakap melayu...aku tau sikit2 je ckp arab hehe..

"kam riyal syeikh?" aku tanya.
"khomsa riyal".jawab Pak Arab tu. yela aku mana la mahir sangat arab ni. bila dah tawar menawar terus ckp bhs ibunda pastu ingatkn Pak arab tu x pham. Rupanya, dia faham, tergelak aku haha...

bila tengah round2 kedai sana mesti pak Arab kata" Malaysia Bagus". ada satu kedai ni jual tudung2. so, pak arab siap offer tudung Siti Nur haliza tau..hah! terkejut den tau...haha. disebabkn kt sane cuaca panas terik, ak pun kne cermin mata hitam..huhu..x tahan silau..

di madinah ni, aku melawat kesan-kesan sejarah cam jabal uhud, bukit magnet,masjid Qiblatain, masjid Quba', masjid tujuh, pasar kurma dan kilang percetakan Al-quran.selain itu, pergi ke Universiti taibah. seronok berkenalan ngan student arab. tp ada masalah komunikasi cikit bila bercakap macam ayam dgn itik.huhu..(^_^)

next destinasi kami ialah makkah. perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam. jadi kbnyakkan aktviti tidur dalam bas..kira-kira jam 10.30 mlm sampai di tanah haram. setibanya di hotel, terus bersiap untuk melakukan umrah pertama. seram sejuk rasanya.
pertama kaliku menatap kaabah, aku betul2 terpegun cm x percaya dah sampai sini. rasa tenang dan damai. terasa begitu dekat dengan Yang Maha Besar. subhanaallah!

Thursday, July 22, 2010

kisah aku + dot dot dot

Malam yang dingin setenang air laut yang berombak lembut, bagaikan hatiku dibawa pergi jauh dari khayalan. Tiba-tibaku merasa sesuatu sedang merayap ke tumit kakiku membuatkanku sedikit terkejut kerana asyik melayan perasaan ini. Aku beristighfar seketika supaya tidak terleka. Rupanya tanpa disedari, aku telah merosakkan rumah kecil ketam yang berada di pantai.Aku terus beredar dan melihat jam ditanganku.Alangkah terkejutnya,jam telah menunjukkan pukul 11.30 malam.Aku terus mengucap kerana pada waktu itu sudah lewat malam dan tidak selamat untuk seorang perempuan berada di situ. Sepanjang perjalanan aku tidak putus dengan berselawat supaya sampai dengan selamat ke bilik hotel. Alhamdulillah ucapku setibanya ku sampai di depan pintu bilikku. Aku terus ke katil dan menarik selimut untuk kembara mimipiku dan berdoa supaya hari esok lebih baik daripada hari ini dan sebelumnya, amin.Semoga Allah meredhoi perjalanan hidupku seharian ini.

Aku terus meneruskan perjalananku tanpa henti. Terasa penat tapi ku perlu teruskan juga sampai ke garisan penamat. Tapi sampai bila? Sampai aku betul-betul tiada tenaga atau aku putus asa…..siapa yang boleh jawab semua persoalan ini…..sepanjang perjalananku aku bertemu dengan ramai orang yang mempunyai pelbagai ragam dan kerenah. Aku berkomunikasi dengan mereka tentang diri dan tempat tinggal. Aku terasa asing di sini. Di mana aku berada sekarang?

Tapi ada hikmahnya aku berada jauh dari kenalanku dan keluargaku. Aku menjadi diriku sendiri yang selama ini ku cari.Banyak pengorbananku yang tidak ternilai dan sangat berharga yang kucurahkan kepada orang yang ku sayang.Hatiku terasa kecewa dan sedih hinggaku membawa diri. Adakah ada insan yang masih memerlukan ku lagi di dunia ini…..persoalan demi persoalan sentiasa dimindaku ini.Ku bersyukur kerana ku telah diberikan masa untuk ku mengabdikan diri pada Yang Maha Esa. Aku pasrah dengan dugaanmu dengan tabah.

Sahabat…insan yang ku sering cari selama ini. Semakin lama,semakin susah dan jauh untuk ku. Perkara yang paling ku ingati sekali ialah menyambut hari jadiku yang ke19. Walaupun pada hari itu, aku demam tapi aku rasa seronok dan gembira. Rumet-rumetku menyimbah air dan habis basah bajuku.Kenangan yang sangat berharga sekali…jauh dimata tapi dekat di hati.Allah telah memberikanku kerinduan yang berpanjangan…..

Monday, July 19, 2010

my lovely friends




kenangan yg masih segar diingatan


masa ini selepas kemas brg. ak ngn kengkawan ak decide nk ronda2 kt jb.wlpn penat tp redah je huhu. pas ni dh tak da dah keluar sama...destinasi kami, istana johor.. dh lme dok jb tp x pernah jejak tempat sejarah ni...rupa-rupanya ada taman bunga kt sini...
seronok sakan ambil gambar sampai tak ingat nak balik...yg penting ak rasa puashati keluar ngn korang...thanks korang sebab bg ak knangan cmni
ak x akn lupa saat-saat ni..

mule2kami tgk tempat istana lama n then barulah g taman bunga..
lame gak kat situ dalam 2 jam padahal kami pergi after zohor..
rasa2 dah penat n ada yg mula cari air...haha
kami solat asar kt masjid sultan Abu bakar...yg klakarnya si che mat boleh tidur plak pas solat..
lena sungguh...

penat katakan..lagi2 dia yg drive...

papepn ak sayang sangat kt kamu semua...

kunci bilik hilang lagi...ish3


baru duduk bilik tak sampai seminggu tp tinggal kunci lebih daripada 3 kali huhu..
nk kata kelakar pn ada...yg peliknya,bila ak tertinggl mesti rumet pn same mcm ak.
sigh....nk kata dah tua tak gak sebab ak muda ag...tapi tulah...pelupe sngguh...

jgn lupa lagi...pas ni dh lebih berhati-hati...nk pergi mana2 kena bawa sentiasa...

Saturday, July 17, 2010

kek coklat..yum...yum...

Dua orang remaja meminta kebenaran ayahnya untuk pergi menonton filem yang sudah ditonton oleh semua rakan-rakan mereka. Namun selepas membaca sedikit review filem itu di internet, ayah mereka menolak permintaan mereka.

“Ah ayah, kenapa tak boleh?” gusar si adik. “Ia dilabel 13-SX, tapi kami berdua dah pun lebih dari 13 tahun!”

Ayahnya membalas, “Ini kerana filem itu terdapat aksi-aksi yang tidak bermoral dan tidak patut ditonton oleh masyarakat umum.”

“Tapi ayah, itu cuma sebahagian kecil daripada filem itu! Kawan-kawan kami cakap, filem itu ada 2 jam, tapi aksi-aksi itu hanya beberapa minit saja! Filem ini ada banyak pengajaran yang lebih besar, seperti kemenangan kebaikan di atas kejahatan, pengorbanan, dan keberanian. Review di laman web filem juga ada mengatakan demikian!”

“Jawapan ayah ialah “tidak” dan ini adalah muktamad. Kamu boleh ajak kawan-kawan kamu datang ke rumah malam ini dan menonton video-video yang ada dalam koleksi video keluarga kita. Tapi kamu tidak boleh pergi menonton filem itu. End of discussion.”

Kedua-dua anak itu berjalan dengan muka masam mencuka ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Sambil membayangkan wajah pelakon filem yang tidak akan mereka tonton, mereka terdengar bunyi dari dapur; seperti bunyi ayah mereka menyediakan sesuatu. Tidak lama kemudian mereka mengecam bau aroma kek coklat sedang dimasak di dalam oven, dan si abang berkata kepada adiknya, “Ayah mesti rasa bersalah, dan sekarang dia hendak mengambil hati kita dengan kek tu. Mungkin kita boleh lembutkan hatinya dan memujuknya untuk benarkan kita pergi ke wayang menonton filem itu.”

Kedua-dua remaja itu tidak kecewa. Tidak lama kemudian, ayah mereka muncul dari dapur dengan satu pinggan kek coklat yang masih panas dari oven, dan memberinya kepada kedua orang anaknya. Kedua-dua mereka mengambil sepotong kek.


Kemudian si ayah berkata, “Sebelum kamu semua makan, ayah nak cakap sesuatu. Ayah sayangkan kamu berdua.” Kedua-dua remaja itu saling berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman penuh makna. “Ayah dah lembut hati,” bisik hati mereka.

“Itulah sebabnya ayah membuat kek coklat ini menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Hampir kesemua bahan adalah organik; tepung organik yang terbaik, telur ayam Omega-3 gred A, gula organik yang terbaik, Vanilla Premium dan coklat yang paling enak.”

Kek coklat itu kelihatan sungguh melazatkan, dan kedua remaja itu menjadi semakin tidak sabar lagi untuk merasai kesedapannya kerana ditangguhkan oleh ‘khutbah’ ayahnya yang semakin panjang.


“Tetapi ayah ingin berlaku jujur kepada kamu berdua. Ada satu bahan istimewa yang ayah letak dalam kek itu yang tidak akan dijumpai oleh mana-mana kek coklat lain. Dan bahan itu ayah ambil dari belakang rumah kita. Tapi kamu jangan risau, ayah hanya letak sekelumit sahaja bahan itu ke dalam kek kamu. Jumlahnya sangatlah sedikit. Jadi makanlah dan berikan pendapat kamu tentang resepi baru kek coklat ayah.”


“Ayah, boleh tak ayah bagitahu apa bahan misteri tu sebelum kami mula makan?” tanya si abang.

“Kenapa? Sikit je jumlah bahan tu yang ayah letak. Satu sudu je. Kamu tak akan boleh perasan pun rasanya.”

“Ala ayah.. bagitahu je la kat kami apa bahan tu” pinta si adik.

“Jangan risau! Bahan tu organik, sama seperti bahan-bahan lain juga”.

“Ayahh..” pinta kedua-dua beradik itu, serentak.

“Ok, kalau kamu bersungguh-sungguh nak tahu. Kandungan misteri itu ialah…. Tahi anjing!!”


Kedua-dua anak itu terus meletakkan kembali kek coklat itu ke dalam pinggan dan mengesat-ngesatkan tangan kanan mereka ke baju dengan penuh rasa menjijikkan.


“Ayah! Ayah tahu tak yang ayah dah seksa kami dengan bau kek coklat yang sedap tu selama setengah jam. Bila dah siap, ayah kata ayah letak tahi anjing dalam kek coklat tu. Kami mana boleh makan bende tu”.

“Kenapa tak boleh pula? Kandungan tahi tu sangat sedikit kalau dibandingkan dengan bahan-bahan lain. Takkan ada efek punya la.. Ia sudah pun dimasak bersama-sama bahan yang lain. Kamu takkan boleh perasan pun rasanya. Ia dah pun bersebati dengan bahan-bahan lain menjadi kek coklat. Jadi tunggu apa lagi, makanlah!”

“Tak ayah… kami tetap taknak makan!”

“Dan ini adalah sebab yang sama kenapa ayah tak benarkan kamu berdua pergi menonton filem tadi. Kamu tak boleh terima sedikit tahi anjing di dalam pinggan kamu, kenapa kamu boleh terima sedikit adegan tidak bermoral di dalam filem yang boleh mengotorkan hati kamu? Kita berdoa kepada Allah yang Dia akan menjaga kita dari mengikut hawa nafsu, tapi kenapa kita dengan akal fikiran yang waras boleh membenarkan diri kita menonton sesuatu yang boleh meninggalkan kesan kotor di dalam diri, fikiran dan hati kita dan terperangkap di dalam lubuk nafsu sesudah itu? Harap kamu berdua dapat pengajaran yang baik dari peristiwa ini”.

~selamat menjamu selera.. happy