"naik kapal terbang", getusku dalam hati. sebab x pernah kn jadi agak takut ckit huhu.
pengalaman baru bagi aku merantau di bumi orang. cara hidup dan makanan Pak arab ni berbeza dgn kita kt malaysia. mana tak nya, yg Pak n Mak arab pkai jubah je bila keluar rumah.
jangan dilupakan untuk berdoa junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w dan sahabatnya serta muslimin dan muslimat di perkuburan Baqi'. Makam Nabi kita betul2 terletak bawah kubah hijau.
aku menetap kat hotel Manazeli, dekat dgn masjid nabi. kira blh nmpak dari hotel. barang kat sana berpatutan gak la. yang pasti Pak Arab ni tau cakap melayu...aku tau sikit2 je ckp arab hehe..
"kam riyal syeikh?" aku tanya.
"khomsa riyal".jawab Pak Arab tu. yela aku mana la mahir sangat arab ni. bila dah tawar menawar terus ckp bhs ibunda pastu ingatkn Pak arab tu x pham. Rupanya, dia faham, tergelak aku haha...
bila tengah round2 kedai sana mesti pak Arab kata" Malaysia Bagus". ada satu kedai ni jual tudung2. so, pak arab siap offer tudung Siti Nur haliza tau..hah! terkejut den tau...haha. disebabkn kt sane cuaca panas terik, ak pun kne cermin mata hitam..huhu..x tahan silau..
di madinah ni, aku melawat kesan-kesan sejarah cam jabal uhud, bukit magnet,masjid Qiblatain, masjid Quba', masjid tujuh, pasar kurma dan kilang percetakan Al-quran.selain itu, pergi ke Universiti taibah. seronok berkenalan ngan student arab. tp ada masalah komunikasi cikit bila bercakap macam ayam dgn itik.huhu..(^_^)
next destinasi kami ialah makkah. perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam. jadi kbnyakkan aktviti tidur dalam bas..kira-kira jam 10.30 mlm sampai di tanah haram. setibanya di hotel, terus bersiap untuk melakukan umrah pertama. seram sejuk rasanya.
pertama kaliku menatap kaabah, aku betul2 terpegun cm x percaya dah sampai sini. rasa tenang dan damai. terasa begitu dekat dengan Yang Maha Besar. subhanaallah!=)
terasa begitu kerdil diri ni bila berada di sana. ramai jemaah dari serata dunia mengerjakan umrah. Rasa bersyukur kerana dapat menjejak kaki ku di bumi yang paling mulia ini. Alhamdullillah, aku telah menjadi TetamuMu Ya Allah..
Aku mengambil peluang berdoa dan beribadat kerana itu adalah tempat yang paling mustajb untuk doa dimakbulkan..amin. aku sempat berdoa untuk diri,ibubapaku,adik beradikku,saudara maraku, sahabat, kawan dan muslimin muslimat.aku juga berpeluang mnziarah jabal thur, jabal Nur, Arafah, Tanaim, Mina dan Muzdalifah serta ladang unta.
ragam-ragamku
ini last picture kt makkah, sbb dah ari terakhir..sedihnya nak tinggalkan tanah haram ni..
harapan moga akan sampai lagi...wat haji...umrah...dengan makabah dan suami amin...
rindunya...nk kmbali...
ade rezeki jgn lepaskan..huhu
ReplyDelete