
Aku terus meneruskan perjalananku tanpa henti. Terasa penat tapi ku perlu teruskan juga sampai ke garisan penamat. Tapi sampai bila? Sampai aku betul-betul tiada tenaga atau aku putus asa…..siapa yang boleh jawab semua persoalan ini…..sepanjang perjalananku aku bertemu dengan ramai orang yang mempunyai pelbagai ragam dan kerenah. Aku berkomunikasi dengan mereka tentang diri dan tempat tinggal. Aku terasa asing di sini. Di mana aku berada sekarang?
Tapi ada hikmahnya aku berada jauh dari kenalanku dan keluargaku. Aku menjadi diriku sendiri yang selama ini ku cari.Banyak pengorbananku yang tidak ternilai dan sangat berharga yang kucurahkan kepada orang yang ku sayang.Hatiku terasa kecewa dan sedih hinggaku membawa diri. Adakah ada insan yang masih memerlukan ku lagi di dunia ini…..persoalan demi persoalan sentiasa dimindaku ini.Ku bersyukur kerana ku telah diberikan masa untuk ku mengabdikan diri pada Yang Maha Esa. Aku pasrah dengan dugaanmu dengan tabah.
Sahabat…insan yang ku sering cari selama ini. Semakin lama,semakin susah dan jauh untuk ku. Perkara yang paling ku ingati sekali ialah menyambut hari jadiku yang ke19. Walaupun pada hari itu, aku demam tapi aku rasa seronok dan gembira. Rumet-rumetku menyimbah air dan habis basah bajuku.Kenangan yang sangat berharga sekali…jauh dimata tapi dekat di hati.Allah telah memberikanku kerinduan yang berpanjangan…..
No comments:
Post a Comment