Monday, July 26, 2010

BaB 1

“Adik sini jap” panggilku perlahan. Aku geram dengan budak laki itu kerana kecomelannya. Dia pun datang ke arahku malu-malu. Aku terus menanyakan namanya serta memberikan sedikit habuan iaitu gula-gula coklat. Aku tahu kanak-kanak seperti itu sangat gemar dengan snek seperti itu.

Tiba-tiba ibunya memanggilnya dan dia terus berlari mendapatkan ibunya. Budak itu sempat melambaikan tangannya sebagai tanda selamat tinggal. Aku terus pergi ke kedai kraftangan di pulau mutiara itu. Banyak aksesori yang cantik dan menarik sehingga rambang mataku.

“ramainya orang kat sini”.bisikku dalam hati. Aku rimas dengan keadaan seperti ini. Ruang untuk berjalan terlalu sesak dan sempit.
Aku terus mencari barang hiasan yang dipesan ibuku. Aku tertarik dengan hiasan lampu di hujung kedai-kedai di situ.
Aku terus masuk dan memilih.aku lega kerana telah berjaya mendapatkan barang tersebut.bukan tidak tahu ibuku sedikit cerewet.

Cuaca yang terik menyebabkan aku terlalu dahaga. Tiba-tiba telefonku berbunyi dan aku terus menjawab panggilan tersebut.

“assalamualaikum ,sofea ko kat mane ni?”.tanya siti.

“aku ada kat bandar ni”.jawabku.

“lama lagi ke? Aku nak keluar jap lagi ke rumah mak teh aku kat Balik pulau.tau“.

“ermmm…..aku penatlah..”rintihku.

“ala jomla teman aku,pukul 6.00 petang kita bertolak ke sana”

Aku terpaksa mengikutnya juga. Bukan ku tidak tahu Siti itu kalau kita tidak mengikut kemahuannya muncunglah mulutnya.Aku terus melihat jam ditanganku aku perlu sampai ke rumah Siti dalam masa setengah jam lagi.

Setibanya di rumahnya aku terus ke bilik air untuk mandi dan solat asar. Aku mengenakan baju plain berwarna hijau pucuk pisang dan dipadankan dengan tudung bercorak yang bersesuaian.

“mak cik!”laung Siti.
“Kejapla”. jawabku. Bukan dia tidak tahu aku terkejar-kejar bersiap.

“kite kenduri pe ni?.tanyaku serius.

“sambut menantu”jacana dengan selamba. Dia terus keluar dan mematikan lampu serta kipas di ruang tamu.
Aku pun terus duduk di dalam kereta dan terasa berat sangat mataku ini.

“sofea….” panggil Siti dengan lembut.

“a..a…”suaraku putus-putus menandakan aku tidak larat untuk bercakap lagi.keadaan menjadi menandakan senyap dan Siti menurunkan tone lagu. Dan aku terus dibuai mimpi yang indah.

Aku terus menerus menjerit memanggilnya sehingga suaraku tiada lagi. Kenapa dia terus berjalan tanpa menghiraukanku. Aku menangis kerana semakin lama bayangannya telah tiada lagi. Senduku dalam hujan yang lebat.

Tiba-tibaku terasa sejuk sekali.Rupanya penyaman udara yang menyebabkan aku terjaga. Aku melihat pemandangan luar dan human semakin lebat. Siti memandu dngan perlahan dan jalan pn makin sesak.Ada satu accident telah berlaku di suatu persimpangan. Aku sempat berdoa supaya orang tersebut selamat. Aku terus teringat tentang mimpi yang mengusik kalbuku tadi.

Banyak kereta di halaman rumah mak teh siti. Ini bukan kali per tama Siti mengajakku datang ke rumah Mak teh nya. Aku juga sudah selesa dengan keluarganya yang ramah-tamah.

Aku terus mengikut Siti dan terus bersalaman dengan sanak saudaranya. Kemudian kami dihidangkan dengan makanan yang berlaku. Saat-saat yang ditunggu oleh aku kerana perutku telah membuat isyarat yang ia perlu di isi.

“siti, mane ko punyer cousin yang baru kawin tu?”.tanyaku sambil mengunyah.

“ntahla,aku pn x nampak lagi”.jacana acu tak acuh.

“mesti lawakan macam ko”selorohku

“tak la aku lagi lawa” jacana sempat lagi memuji dirinya. Siti mempunyai hidung yang mancung dan kulit yang gebu. Itu yang membuatkan ku kadang-kadang tidak jemu melihatnya.

“eleh perasanlah minah ni,angkat bakul sendiri je”.gelakku

“amboi hang berduo nie kalo x glak x bleh ye” sapa Mak Teh secara mengejut.kk
Akhirnya kami gelak bersama-sama.

Suasana di rumah Mak Teh Siti sangat sesak dan ramai anak-anak kecil berlarian di setiap sudut yang ada. Aku tersenyum melihat keadaan tersebut. Tanpaku sedari, aku terasa diperhatikan orang. Aku terus menoleh ke arahnya. Pemuda terse but kelam kabut cover malunya.

“siapa dia tu?”getusku dalam hati. Aku tidak pernah Nampak pemuda tersebut mungkin saudara jauh Siti.

Keadaan itu menjadi kelakar dan riuh seketika apabila pemuda itu gelabah kerana seorang mak cik yang sibuk mengangkat makanan. Lagi-lagi mak cik tersebut kuat melatah dan aku pun turut tergelak kecil melihat aksi spontan tidak jauh di depanku.

“Sofea, ko wat pe tu?”.sapa Siti membuatkan ku sedikit terkejut.

“aku x wat pape pn”. nadaku pelik. Aku dapat sedari muka Siti sudah berubah dan ada yang ingin dia gosipkan. Bukan tidak kenal si Siti kuat bergosip. Penat mendengar dan melayannya pabila mula berkata-kata.

“aku tengok budak tu asyik pandang kat ko je?”

“ish mana ada, dia tgk orang lain la.”

“aku dah lame perhatikan”. siti gelak sambil mencubitku.

“eh, ko kenal ke sape dia?”tanyaku

“mestilah kenal,nape ko dah berminat ke?” siti betul-betul mendugaku. Aku terus beredar dari ruang tamu dan membiarkan Siti membuat spekulasi sendiri.

Hujan sudah berhenti turun dan banyak lopak-lopak air di sekitar halaman rumah . Aku terasa berada di rumahku sendiri. Rindunya aku pada kampung halamanku dan keluargaku.

“Assalamualaikum”.ucapnya secara lembut.
Aku terus berpaling ke arah suara tersebut. Aku terkejut kerana abang saudara Siti, akmal betul-betul berada di belakangku. Aku terus membalas salamnya sambil tersenyum kepadanya.

“sorang kat sini? Dah lame x nampak Sofea datang sini” tanya Abang Akmal.
“a’ah,banyak kerja assignments yang lecturer bagi”jawabku perlahan.
“ermmm…Sofea lagi satu sem nak grad kan lepas ini nak wat pe?”
“mengikut perancangan, Sofea nak wat master.”

“baguslah,nak sambung kt luar x?

“kalo ade rezeki, Sofea akan pergi.”

“jomlah securing-kurangnya abang ade kawan “

“ abang lagi bape tahun?”

“2 thun setengah, lame lagi tu yang bosan dok saner sensorang”
Nampaknya Abang Akmal sudah mulakan topik yang tidak sepatutnya.aku mula mencari idea supaya dapat melarikan diri dari perbualan terse but.

“Sofea!’jerit Siti padaku.
Aku terus menyahut dan berjalan ke arahnya sambil mengenyitkan mataku pdanya. Maknanya aku perlukan bantuannya sekarang.

“nape ko ni?” macam Nampak hantu je?”

“ abang ko tu la”
Siti mengangguk tanda mengerti dan dia cepat-cepat membawaku pergi dari situ.

“Sofea…dia nak bawak ko ke oversea kn?”tanya Siti meminta kepastian.
Aku hanya menggangguk sahaja.

“ko memang ade jodoh ngan orang yang belajar kt saner la”

“nape ko ckp cm tu?”

“ budak yang tgk ko tu td kawan Abang Akmal.”
“aku tengok dia pn syok kat ko.” tambah Siti.aku malas hendak memikirkan tentang itu.

Tidak lama kemudian kami pun pulang ke rumah sewa Siti. Aku merasa penat dan aku tidur dalam perjalanan tersebut. Biarkanlah dia pergi.aku cuba melupakan peristiwa yang sering mengganggu fikiranku.hanya Allah yang mengerti perasaan hambanya ini.rintihku dalam hati…

No comments:

Post a Comment