Friday, February 11, 2011

finally complete

seharian ak membuat keje...akhirnya complete gak...

hari ni ak kne jalan jauh ckit sbb nak jumpa someone...kne cari tempat lagi

ak kne naik bukit, naik tangga fuhh letih!

tak pe asalkan siap semuanya...nanti tak yah fikir lagi...

seronok tak terkata huhu...
pastu ak kena wat oversea calling

n then ak kne pjbt hantar borang

lastly, complete

ptg ni hujan lebat, harapnya tak jem la...
jom balik rumah!senyuman kegembiraan ^_^


Tuesday, February 8, 2011

kena tahan pak guard...fuhh



for today, i just want to share a bit story...

mcm biasa pg keje awal pg..
rasa malas je nak g keje...yelah kne bangun awal
mane taknya dh lame ak dok umah hmpir 2 bln lah...
kt blakang uma ak pn byk dh ak tanam anggur hehe...


tp ari ni, aku try nak parking kt tmpt staf
last2 ade pak guard tahan ak, sbb x de sticker huhu

terus ak parking jauh haha
nk wat cam ne x de paper bukti ak ni staf situ

redha je lah....



asalkan jgn kne saman kuikui




lebih kurang ginilah cara pak guard tahan ak ='(



esok pn ak kne parking jauh ag sbb x dpt sticker ag...
terasa kebosanan pg tadi sbb x de kerja nak di buat
now baru ade kene...so kne wat lagi
lg bagus kalo siap cepat

so, i nak further my work , wait 4 me tomorrow huhu

assalamualaikum ^_^

Monday, February 7, 2011

safely arrived!!

pg ni ak kene gerak sdn g kerja

jd ak kne lah brani huhu...wlpun ak tahu mak ak cuak ngn risau lbh...

dr rumah dlm kul 7pg...

hampir2 pg td nk kena langgar kete tau...haha

ak ni x besa sgt jln2 sesak2 ni..

td lpas byr tol, ak ingat dh slh pilih lorong haha

cuak dibuatnya, x smpailah keje pulak

nasib baik lah ak ni ingat jln tau...



dlm kul 8.04 pg ..ak pn smpai




bahaya bg ibubapa yg membiarkn anak mereka bermain
bersendirian... haha









pesanan ak : memandu biar berhemah tp jgn bwk perlahan sgt nant org mara hehe

Sunday, February 6, 2011

salam

setelaah sekian lama ak berTAPA...maka banyaklah cerita nak dikongsi

lama benor rase x blogging

mana taknya disebabkan masalah2 peribadi yg mengada2 myebabkan malas nk tulis haha

pencarian kerja masih diteruskan lagi



baru dpt part time jd RA
dahlah len kos...ish3...gane la ghupenya nanti huhu
first day, my Bos agak bz ngan meetings
so, ak pn dok sensorang kt dlm ofis, online je la
trus teringat, ngn MY BLOG yg makin bersawang
so sad..hehe


stakat ni jelah ye...

Thursday, October 7, 2010

bumi sedang mengerang kesakitan



Bersyukurlah kita dengan segala kelebihan yang Allah telah HADIAHkan pada makhluk-makhluknya di atas bumi ini.

Allah telah mengHADIAHkan kita udara yang segar, flora dan fauna yang tersebar luas serta pancaindera yang serba lengkap iaitu tanpa menggunakan besi atau benang untuk menyambungkan setiap anggota kita...

Takjubnya ciptaanNYa..

Allah menggunakan bahan yang sangat berkualiti dan bermutu tinggi untuk mencipta makhluk-makhlukNya...Bahkan tidak boleh dibeli atau dijual mahupun dicipta oleh makhluknya sendiri..

Sebagai contoh, sekiranya ada pesakit yang memerlukan jantung baru. Dia perlu mencari penderma yang hamper sesuai dengan badannya. Jika tidak akan berlaku komplikasi dalam badan. Kenapa?

Pernahkah anda terfikir???

Setiap anggota badan yang Allah ciptakan untuk kita, hanya dikhaskan untuk badan kita sahaja...sukar dicari ganti..

Sayangilah badan anda..jagalah dengan baik...

Tapi...

Pernahkah anda terfikir bahawa bumi yang kita duduki sekarang sedang tenat???

Adakah kita sayang?...

Adakah kita risau tentang kesakitannya?...

Adakah kita tidak sedar tentang nya?...

Sibuk mengejar kekayaan dan keseronokkan di dunia membuatkan kita lupa dan pentingkan diri dengan perkara yang berlaku disekeliling kita...

Seperti katak berada di dalam kaca. Hanya melihat tapi tidak mempedulikan langsung dengan persekitarannya.

Persoalan di sini ialah, bumi kita sakit tenat kerana terlalu banyak menanggung kerosakkan dan kebinasaan di atasnya...

Masalah sosial yang semakin merumitkan. Manusia sudah lupa tentang dosa dan pahala. Tetapi berlagak pandai dalam hal agama. Manusia masih dibuai mimpi lagi...hanya buat-buat tak tahu sahaja...

Bumi kita sedang merintih....ia sudah tidak larat lagi...

Tapi dia sanggup lagi menanggung kita semua untuk bernafas di dunia ini. Bumi kita sudah tua hanya menunggu untuk rebah pada bila-bila masa sahaja.renungkanlah...

Tuesday, August 31, 2010

letihnye



salam..
rase dah lame sangat x tulis blog ni...agk2 dh lebih dari 2 weeks

hari ni dah genap 10 mlm terakhir kita berpuasa

jap ag nak habis pose

bulan syawal bakal datang

harapnya perangai aku jd lebih baik

huuhuu

x tau nk tulis pe ag huhu

salam...

Friday, August 6, 2010

sayangnya Allah pada wanita

imam Ali bin Abi Thalib berkata, Wanita adalah tanaman yang berbau harum." Dia adalah bunga yang tidak boleh ditinggalkan . Bunga tersebut harus selalu berada di bawah pengawasan tukang kebun, yang dalam hal ini adalah Allah SWT. Sebagai 'tukang kebun setiap manusia',


Allah berfirman,
maksudnya:

Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sebaik-baiknya.(Surah Nuh, ayat:17)

tentu Allah mengetahui 'bunga' mana yang lebih baik dan lebih memerlukan perhatianNya, melebihi dan sebelum 'bunga' lain.

wanita diberi perlindungan 6 tahun lebih dahulu sebelum lelaki. iaitu berdasarkan usia baligh seawal usia 9 tahun. Allah SWT telah mewajibkan solat, puasa, haji lebih awal 6 tahun daripada lelaki. sementara bagi lelaki hal ni diwajibkan apabila mereka memasuki usia baligh iaitu 15 tahun, enam tahun kemudian. ini adalah kemuliaan bagi wanita.

Allah telah memberikan penghormatan sekaligus kepercayaan sebagai seorang mukalaf yang melaksanakan segala perintahnya dan menyambutnya 6 tahun lebih dahulu daripada lelaki yang saat itu kaum adam masih sibuk bermain.

wanita adalah makhluk yang lembut. dan sesuatu yang lembut harus diperhatikan.

renungkanlah wahai kaum hawa...