Thursday, October 7, 2010

bumi sedang mengerang kesakitan



Bersyukurlah kita dengan segala kelebihan yang Allah telah HADIAHkan pada makhluk-makhluknya di atas bumi ini.

Allah telah mengHADIAHkan kita udara yang segar, flora dan fauna yang tersebar luas serta pancaindera yang serba lengkap iaitu tanpa menggunakan besi atau benang untuk menyambungkan setiap anggota kita...

Takjubnya ciptaanNYa..

Allah menggunakan bahan yang sangat berkualiti dan bermutu tinggi untuk mencipta makhluk-makhlukNya...Bahkan tidak boleh dibeli atau dijual mahupun dicipta oleh makhluknya sendiri..

Sebagai contoh, sekiranya ada pesakit yang memerlukan jantung baru. Dia perlu mencari penderma yang hamper sesuai dengan badannya. Jika tidak akan berlaku komplikasi dalam badan. Kenapa?

Pernahkah anda terfikir???

Setiap anggota badan yang Allah ciptakan untuk kita, hanya dikhaskan untuk badan kita sahaja...sukar dicari ganti..

Sayangilah badan anda..jagalah dengan baik...

Tapi...

Pernahkah anda terfikir bahawa bumi yang kita duduki sekarang sedang tenat???

Adakah kita sayang?...

Adakah kita risau tentang kesakitannya?...

Adakah kita tidak sedar tentang nya?...

Sibuk mengejar kekayaan dan keseronokkan di dunia membuatkan kita lupa dan pentingkan diri dengan perkara yang berlaku disekeliling kita...

Seperti katak berada di dalam kaca. Hanya melihat tapi tidak mempedulikan langsung dengan persekitarannya.

Persoalan di sini ialah, bumi kita sakit tenat kerana terlalu banyak menanggung kerosakkan dan kebinasaan di atasnya...

Masalah sosial yang semakin merumitkan. Manusia sudah lupa tentang dosa dan pahala. Tetapi berlagak pandai dalam hal agama. Manusia masih dibuai mimpi lagi...hanya buat-buat tak tahu sahaja...

Bumi kita sedang merintih....ia sudah tidak larat lagi...

Tapi dia sanggup lagi menanggung kita semua untuk bernafas di dunia ini. Bumi kita sudah tua hanya menunggu untuk rebah pada bila-bila masa sahaja.renungkanlah...

Tuesday, August 31, 2010

letihnye



salam..
rase dah lame sangat x tulis blog ni...agk2 dh lebih dari 2 weeks

hari ni dah genap 10 mlm terakhir kita berpuasa

jap ag nak habis pose

bulan syawal bakal datang

harapnya perangai aku jd lebih baik

huuhuu

x tau nk tulis pe ag huhu

salam...

Friday, August 6, 2010

sayangnya Allah pada wanita

imam Ali bin Abi Thalib berkata, Wanita adalah tanaman yang berbau harum." Dia adalah bunga yang tidak boleh ditinggalkan . Bunga tersebut harus selalu berada di bawah pengawasan tukang kebun, yang dalam hal ini adalah Allah SWT. Sebagai 'tukang kebun setiap manusia',


Allah berfirman,
maksudnya:

Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sebaik-baiknya.(Surah Nuh, ayat:17)

tentu Allah mengetahui 'bunga' mana yang lebih baik dan lebih memerlukan perhatianNya, melebihi dan sebelum 'bunga' lain.

wanita diberi perlindungan 6 tahun lebih dahulu sebelum lelaki. iaitu berdasarkan usia baligh seawal usia 9 tahun. Allah SWT telah mewajibkan solat, puasa, haji lebih awal 6 tahun daripada lelaki. sementara bagi lelaki hal ni diwajibkan apabila mereka memasuki usia baligh iaitu 15 tahun, enam tahun kemudian. ini adalah kemuliaan bagi wanita.

Allah telah memberikan penghormatan sekaligus kepercayaan sebagai seorang mukalaf yang melaksanakan segala perintahnya dan menyambutnya 6 tahun lebih dahulu daripada lelaki yang saat itu kaum adam masih sibuk bermain.

wanita adalah makhluk yang lembut. dan sesuatu yang lembut harus diperhatikan.

renungkanlah wahai kaum hawa...

Friday, July 30, 2010

ramadhan coming soon

salam...biasanya bila bln ramadhan akan menjelang...masing2 dh berfikir nk raya kn...penjual yg kt bazar ramadhn pn makin ramai...sbb keuntungan bln mulia ni lebih berlipat ganda daripada bln lain...curious??
why...

based on my research, let we check out!
1. dh la x mkn sehari, jd bila nk buka rancang nk mkn pe...nafsu mkn membuak2...

2. time cm ni, pnjual bazar mulalah wat menu baru yg jrg ade time biase2...tu yg pmbeli ni rambang mata3. selalunya, bila nk buka pose nk ade gak juadah cm kuih muih...asalkan ada..ckup2 mkn...

4. bkan gerai mkann je tau...gerai tdung, kain, aksesori wanita n laki pn ade gak...yela shopping raya..huhu




nilah gambaran bazar ramadhan di negara kita

















terliurkn... tp beringatlah sahabt2ku.. bila kita sudah membazir, itu sudah menjadi amalan syaitan.

sukaneka adik2 comel

salam....

juz want to share...ade program sukaneka taska utm tomorrow. so kne handle it. as a member in mosque, volunteer at the prgm..ermm seronok sbb jmpe adik2 comel2...ptg ni jus nk set place kt pdg ktgb...kul 2.30pm...

hope the progrm is work properly...nk tau psl pe jd esk...continue my story tomorrow..hehe

Monday, July 26, 2010

BaB 1

“Adik sini jap” panggilku perlahan. Aku geram dengan budak laki itu kerana kecomelannya. Dia pun datang ke arahku malu-malu. Aku terus menanyakan namanya serta memberikan sedikit habuan iaitu gula-gula coklat. Aku tahu kanak-kanak seperti itu sangat gemar dengan snek seperti itu.

Tiba-tiba ibunya memanggilnya dan dia terus berlari mendapatkan ibunya. Budak itu sempat melambaikan tangannya sebagai tanda selamat tinggal. Aku terus pergi ke kedai kraftangan di pulau mutiara itu. Banyak aksesori yang cantik dan menarik sehingga rambang mataku.

“ramainya orang kat sini”.bisikku dalam hati. Aku rimas dengan keadaan seperti ini. Ruang untuk berjalan terlalu sesak dan sempit.
Aku terus mencari barang hiasan yang dipesan ibuku. Aku tertarik dengan hiasan lampu di hujung kedai-kedai di situ.
Aku terus masuk dan memilih.aku lega kerana telah berjaya mendapatkan barang tersebut.bukan tidak tahu ibuku sedikit cerewet.

Cuaca yang terik menyebabkan aku terlalu dahaga. Tiba-tiba telefonku berbunyi dan aku terus menjawab panggilan tersebut.

“assalamualaikum ,sofea ko kat mane ni?”.tanya siti.

“aku ada kat bandar ni”.jawabku.

“lama lagi ke? Aku nak keluar jap lagi ke rumah mak teh aku kat Balik pulau.tau“.

“ermmm…..aku penatlah..”rintihku.

“ala jomla teman aku,pukul 6.00 petang kita bertolak ke sana”

Aku terpaksa mengikutnya juga. Bukan ku tidak tahu Siti itu kalau kita tidak mengikut kemahuannya muncunglah mulutnya.Aku terus melihat jam ditanganku aku perlu sampai ke rumah Siti dalam masa setengah jam lagi.

Setibanya di rumahnya aku terus ke bilik air untuk mandi dan solat asar. Aku mengenakan baju plain berwarna hijau pucuk pisang dan dipadankan dengan tudung bercorak yang bersesuaian.

“mak cik!”laung Siti.
“Kejapla”. jawabku. Bukan dia tidak tahu aku terkejar-kejar bersiap.

“kite kenduri pe ni?.tanyaku serius.

“sambut menantu”jacana dengan selamba. Dia terus keluar dan mematikan lampu serta kipas di ruang tamu.
Aku pun terus duduk di dalam kereta dan terasa berat sangat mataku ini.

“sofea….” panggil Siti dengan lembut.

“a..a…”suaraku putus-putus menandakan aku tidak larat untuk bercakap lagi.keadaan menjadi menandakan senyap dan Siti menurunkan tone lagu. Dan aku terus dibuai mimpi yang indah.

Aku terus menerus menjerit memanggilnya sehingga suaraku tiada lagi. Kenapa dia terus berjalan tanpa menghiraukanku. Aku menangis kerana semakin lama bayangannya telah tiada lagi. Senduku dalam hujan yang lebat.

Tiba-tibaku terasa sejuk sekali.Rupanya penyaman udara yang menyebabkan aku terjaga. Aku melihat pemandangan luar dan human semakin lebat. Siti memandu dngan perlahan dan jalan pn makin sesak.Ada satu accident telah berlaku di suatu persimpangan. Aku sempat berdoa supaya orang tersebut selamat. Aku terus teringat tentang mimpi yang mengusik kalbuku tadi.

Banyak kereta di halaman rumah mak teh siti. Ini bukan kali per tama Siti mengajakku datang ke rumah Mak teh nya. Aku juga sudah selesa dengan keluarganya yang ramah-tamah.

Aku terus mengikut Siti dan terus bersalaman dengan sanak saudaranya. Kemudian kami dihidangkan dengan makanan yang berlaku. Saat-saat yang ditunggu oleh aku kerana perutku telah membuat isyarat yang ia perlu di isi.

“siti, mane ko punyer cousin yang baru kawin tu?”.tanyaku sambil mengunyah.

“ntahla,aku pn x nampak lagi”.jacana acu tak acuh.

“mesti lawakan macam ko”selorohku

“tak la aku lagi lawa” jacana sempat lagi memuji dirinya. Siti mempunyai hidung yang mancung dan kulit yang gebu. Itu yang membuatkan ku kadang-kadang tidak jemu melihatnya.

“eleh perasanlah minah ni,angkat bakul sendiri je”.gelakku

“amboi hang berduo nie kalo x glak x bleh ye” sapa Mak Teh secara mengejut.kk
Akhirnya kami gelak bersama-sama.

Suasana di rumah Mak Teh Siti sangat sesak dan ramai anak-anak kecil berlarian di setiap sudut yang ada. Aku tersenyum melihat keadaan tersebut. Tanpaku sedari, aku terasa diperhatikan orang. Aku terus menoleh ke arahnya. Pemuda terse but kelam kabut cover malunya.

“siapa dia tu?”getusku dalam hati. Aku tidak pernah Nampak pemuda tersebut mungkin saudara jauh Siti.

Keadaan itu menjadi kelakar dan riuh seketika apabila pemuda itu gelabah kerana seorang mak cik yang sibuk mengangkat makanan. Lagi-lagi mak cik tersebut kuat melatah dan aku pun turut tergelak kecil melihat aksi spontan tidak jauh di depanku.

“Sofea, ko wat pe tu?”.sapa Siti membuatkan ku sedikit terkejut.

“aku x wat pape pn”. nadaku pelik. Aku dapat sedari muka Siti sudah berubah dan ada yang ingin dia gosipkan. Bukan tidak kenal si Siti kuat bergosip. Penat mendengar dan melayannya pabila mula berkata-kata.

“aku tengok budak tu asyik pandang kat ko je?”

“ish mana ada, dia tgk orang lain la.”

“aku dah lame perhatikan”. siti gelak sambil mencubitku.

“eh, ko kenal ke sape dia?”tanyaku

“mestilah kenal,nape ko dah berminat ke?” siti betul-betul mendugaku. Aku terus beredar dari ruang tamu dan membiarkan Siti membuat spekulasi sendiri.

Hujan sudah berhenti turun dan banyak lopak-lopak air di sekitar halaman rumah . Aku terasa berada di rumahku sendiri. Rindunya aku pada kampung halamanku dan keluargaku.

“Assalamualaikum”.ucapnya secara lembut.
Aku terus berpaling ke arah suara tersebut. Aku terkejut kerana abang saudara Siti, akmal betul-betul berada di belakangku. Aku terus membalas salamnya sambil tersenyum kepadanya.

“sorang kat sini? Dah lame x nampak Sofea datang sini” tanya Abang Akmal.
“a’ah,banyak kerja assignments yang lecturer bagi”jawabku perlahan.
“ermmm…Sofea lagi satu sem nak grad kan lepas ini nak wat pe?”
“mengikut perancangan, Sofea nak wat master.”

“baguslah,nak sambung kt luar x?

“kalo ade rezeki, Sofea akan pergi.”

“jomlah securing-kurangnya abang ade kawan “

“ abang lagi bape tahun?”

“2 thun setengah, lame lagi tu yang bosan dok saner sensorang”
Nampaknya Abang Akmal sudah mulakan topik yang tidak sepatutnya.aku mula mencari idea supaya dapat melarikan diri dari perbualan terse but.

“Sofea!’jerit Siti padaku.
Aku terus menyahut dan berjalan ke arahnya sambil mengenyitkan mataku pdanya. Maknanya aku perlukan bantuannya sekarang.

“nape ko ni?” macam Nampak hantu je?”

“ abang ko tu la”
Siti mengangguk tanda mengerti dan dia cepat-cepat membawaku pergi dari situ.

“Sofea…dia nak bawak ko ke oversea kn?”tanya Siti meminta kepastian.
Aku hanya menggangguk sahaja.

“ko memang ade jodoh ngan orang yang belajar kt saner la”

“nape ko ckp cm tu?”

“ budak yang tgk ko tu td kawan Abang Akmal.”
“aku tengok dia pn syok kat ko.” tambah Siti.aku malas hendak memikirkan tentang itu.

Tidak lama kemudian kami pun pulang ke rumah sewa Siti. Aku merasa penat dan aku tidur dalam perjalanan tersebut. Biarkanlah dia pergi.aku cuba melupakan peristiwa yang sering mengganggu fikiranku.hanya Allah yang mengerti perasaan hambanya ini.rintihku dalam hati…

Sunday, July 25, 2010

8 Rejab 1408



salam...

nak tahu bila ak sampai ke dunia ni???
ni mak ak yg cerita...sbb mana la ak ingat time bersejarah tu..

hari tu hari jumaat. kira pagi pagi jumaat mak aku dah start sakit perut. maksudnya ada bdk nakal mau keluar...hehe

so, mak ak pn dah dapat rasakan isyarat dalam perutnya...dia pn buat persediaan kemas2 brg n bagitahu abah ckp anak nakal dia ni nak kuar dah..

so, pergilah hospital...

sampai2 je kt hospital, anak nakal dia tu tak sabar-sabar nak keluar..
nak dijadikan cerita, anak nakal dia lahir betul-betul nak masuk bilik bersalin...

jadi, aku pn dah selamat sampai ke dunia..aku pn menangis dengan sekuat hati...hehe
mak aku kata berat aku hanya 2 kilo lebih je...so small..but cute baby...

8 rejab 1408...bersamaan 26 februari 1988.....aku selamat dilahirkan bersama ibu tercinta...sayang mak!!!!

mak aku cerita lagi, masa nak lahirkan aku x sakit sebab tetibe dah kuar...nama pn anak nakal..
jd memang degil....smpailah sekarang..

maaflah mak, anak nakal mak ni banyak buat salah...huuuu
rindu kt mak ak...semalam aku telefon, dia demam..kesian mak ak tau...

aku sayang mak ak sorang! tak da pengganti....huhu


ni la mak n abah cayang aku...miss U!!!


Pesanan untuk diriku…
Aini…
Allah ciptakanmu ini sebagai hambaNya
Jangan kau sia-siakan hidupmu
Patuhilah perintahNya dan jauhilah laranganNya
Carilah cinta sejati yang diredhaiNya
Janganlah kau gunakan anugerahnya ke jalan yang salah
Tenang dan redha dengan segala dugaan dan cabaran
Cari lah cinta abadi
Agar mu bahagia kekal abadi di singgahsana
Amin…