
Tidur ialah keadaan rehat badan semula jadi yang dialami seluruh fauna. Tidur diamalkan oleh semua mamalia dan burung, dan turut diperhati pada kebanyakan reptilia, amfibia dan ikan. hah ikan pun tidur tau! ikan tidur tapi dia x tutup mata tau.
banyak ragam bila tidur kan..ada yg statik je, ada yg bergusti hehe...
seronokkan tidur. terlebih tidur ada masalah terkurang tidur pn ada gak. mcm mana nak tidur yang sihat? ermm..msti ada yang mempnyai masalah tidur kan..cik aen pn kadang2 x blh tidur gak hehe..
Baik cegah insomnia amat penting untuk mengekalkan hidup yang sihat. Antara caranya termasuklah tidur sebelum pukul 12.00 malam, dan yang paling baik tidur sebelum pukul 10.00 malam, dan bangun pada pukul 6.00 pagi. Ini adalah masa tidur yang paling sesuai dengan fitrah alam. Pada waktu tengah hari, jika ada masa, bolehlah tidur 15 minit hingga setengah jam. Ini baik untuk meningkatkan kecekapan bekerja pada waktu petang.
Jika masalah insomnia timbul, perlu menyesuaikan masa tidur anda. Jangan bimbang dengan keadaan tersebut, dan janganlah makan ubat tidur.
Selain itu, insomnia juga sering diakibatkan oleh tekanan mental yang berat. Maka, orang yang mengalami masalah tersebut dinasihatkan supaya banyak bersenam, dan makan beberapa jenis makanan daripada tumbuh-tumbuhan, seperti, biji teratai, longan, bubur milet, dan jujub. Makanan ini baik untuk membantu mengelakkan masalah tidur.
Jenis  insomnia
* Insomnia  primer 
Seseorang yang  menghadapi kesukaran tidur tidak disebabkan oleh masalah kesihatan.
* Insomnia  sekunder
Seseorang yang  menghadapi kesukaran tidur akibat masalah kesihatan yang dihidapinya. Ia  mungkin disebabkan oleh penyakit psikiatri atau bukan psikiatri.
A. Psikiatri
* Masalah  kemurungan, skizofrenia
B. Bukan  psikiatri
* Ubat-ubatan  untuk hipertensi, kolesterol, sakit kepala
* Sindrom  Pernafasan Terhenti (Sleep Apnea)
* Epilepsi
* Penyakit  kegagalan buah pinggang berfungsi, paru-paru, hati
* Pola tidur  yang terbalik, tidur siang berjaga malam
* Penyakit  Parkinson
* Penyakit Fatal  Familial Insomnia (FFI) iaitu 
sejenis penyakit  genetik tetapi jarang berlaku
* Rest leg  syndrome
* Pedih hulu  hati
* High altitude  insomnia
* Angin ahmar
* Penyakit  Alzheimer
* Ketumbuhan  otak
tungu!!! jgn tidur lagi sbb hari ini aen nak kongsi tentang doa amalan-amalan Rasulullah s.a.w ...

ADAB TIDUR
Tidur bagi org muslim adalah dikira ibadat jika memenuhi adab-adabnya:-
1. bersihkan badan daripada najis dan hadas sebelum tidur. (disunatkan mengambil wuduk sekalipun ia berada dalam keadaan hadas besar)
2. badannya di waktu tidur menghadap kiblat seperti kedudukan mayat
3. baca doa dan surah-surah yang tertertu sewaktu tidur. Rasulullah s.a.w sebelum tidur antara doa yang baginda amalkan ialah Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas. kemudian dihembuskan bacaan itu dikedua belahnya dan digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. ( ulang 3x)
ADAB BANGUN DARI TIDUR
apabila sedar daripada tidur hendaklah melafazkan ucap syukur kepada Allah s.w.t kerana Allah masih memanjangkan umur kita untuk hidup.
next, ia bangkit menuju ke bilik air ketika itu hendaklah ia kemaskn pakaiannya dengan niat menutup aurat yg dituntut oleh syara'
jadi selamat cuba dan sama2 kita amalkan ...huhu
                                                     masa untuk tidur bagi si manja (^_^)
salam,...huhu..
ReplyDeletesuda ade blog cik aen ye..
bru wat la cik ilhami...rajin2 jenguk
ReplyDelete